Wednesday, September 26, 2007

Soalan Spontan Untuk Governans 2


Beberapa soalan spontan turut saya ajukan kepada responden kami yang terdiri daripada ahli bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi. Seperti masalah yang menimpa pihak Majlis Daerah Kota Tinggi, pihak bomba juga menghadapi masalah yang sama iaitu isu bot yang terhad. Walaupun mendapat bantuan daripada pihak lain seperti ATM, JPS dan pihak polis, namun terdapat juga masalah yang berlaku. Contohnya, bot dari JPS tidak mampu untuk manampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Responden kami juga menyatakan bahawa sepanjang operasi menyelamatkan mangsa dijalankan, pihak mereka tidak mempunyai sebarang masalah kerana penduduk kampung memberikan kerjasama terhadap misi mereka. Cuma terdapat segelintir penduduk yang enggan memberikan kerjasama dan lebih menyayangi rumah atau perniagaan mereka daripada nyawa sendiri. Responden kami turut menyatakan beberapa agensi atau pertubuhan yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Contohnya UMNO, MCA dan GIANT. Responden kami turut menyebut tentang Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Ini berikutan terdapat beberapa pencanggahan pendapat antara pihak bomba dengan agensi lain dalam operasi banjir tersebut. Seperkara yang menarik tentang temubual kami dengan pihak bomba ini adalah tentang seekor monyet yang diselamatkan oleh pihak bomba ketika banjir tersebut berlaku. Monyet tersebut seterusnya dibela oleh mereka. Malangnya kami tidak mendapat peluang untuk melihat monyet tersebut kerana monyet tersebut mati beberapa hari sebelum kedatangan kami ke balai bomba itu.

Wednesday, September 19, 2007

Soalan Spontan Untuk Governans 1

Beberapa soalan spontan turut kami ajukan kepada para responden kami. Namun di sini saya hanya ingin meringkaskan maklumat tambahan daripada soalan spontan tersebut yang saya perolehi daripada seorang responden kami yang mewakili pihak governans. Responden tesebut adalah En. Zamri bin Zakaria dari Majlis Daerah Kota Tinggi selaku Penolong Akauntan Majlis Daerah Kota Tinggi. Menurut beliau, pihak Majlis Daerah Kota Tinggi telah mempunyai jawatankuasa yang menguruskan bencana banjir. Oleh itu, apabila terdapat bencana seperti itu berlaku, jawatankuasa tersebut akan memainkan peranan. Namun begitu, itu bukanlah tugas sebenar Majlis Daerah Kota Tinggi ini kerana tugas tersebut sememangnya telah diserahkan kepada agensi-agensi lain contohnya Pejabat Daerah Kota Tinggi, pihak polis dan pihak bomba. Namun, pihak majlis daerah tetap menghulurkan bantuan sekadar yang termampu. Menurut En. Zamri lagi, pihak beliau telah diberitahu kemugkinan berlakunya banjir. Walubagaimanapun, banjir sememangnya kerap berlaku setiap tahun di daerah itu. Tetapi, tidaklah terlalu teruk sepertimana yang berlaku pada Disember 2006 dan Januari 2007. Setelah berlaku banjir besar tersebut, semua pihak menjadi kelam-kabut lantaran persiapan yang dilakukan sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya iaitu untuk menghadapi banjir seperti yang kerap berlaku sebelum ini. Mereka sememangnya tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan banjir yang lebih dahsyat dari itu. Oleh itu, wujudlah beberapa kekurangan yang dilakukan oleh pihak governans dalam menguruskan mangsa banjir. Namun begitu, masalah tersebut cepat-cepat diatasi oleh pihak governans yang menguruskan operasi banjir itu berkat usaha dan kerjasama daripada semua pihak. Beliau turut menyentuh tentang isu kelemahan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menguruskan bantuan. Seperti yang telah dibincangkan di atas, kelemahan itu timbul akibat pihak JKM yang tidak meramalkan bencana banjir yang sebegitu besar berlaku. Namun begitu, kejadian tersebut di harap dapat menjadi pengalaman yang berguna kepada pihak JKM agar sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan. En. Zamri juga menyatakan kepada kami berkenaan pihak kerajaan membenarkan pembelian bot sebagai langkah awal untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir besar pada masa hadapan. Ini kerana masalah ketidakcukupan bot juga menjadi dilema lantaran jumlah bot yang sedikit. Antara agensi yang mempunyai bot yang digunakan unutk operasi banjir tersebut adalah pihak majlis daerah sendiri, bomba, polis, pejabat daerah dan lain-lain. Bot ini digunakan sebagai pengangkutan utama untuk mengangkut mangsa ke tempat pemindahan dan juga untuk mengangkut barang bantuan. Masalah ketidakcukupan bot ini perlu diatasi supaya tidak ada nyawa yang terkorban akibat kelewatan bantuan menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan berlaku. Selain memberikan bantuan mengangkut mangsa ke tempat pemindahan, pihak majlis daerah juga memberi bantuan dalam bentuk lain iaitu pengecualian cukai pintu kepada mangsa banjir. Berita sebegini sememangnya menggembirakan hati mangsa banjir lantaran pengecualian yang diberi kerana mereka sememangnya telah dibelenggu dengan masalah kewangan akibat kerugian yang dialami apabila struktur dan peralatan rumah mereka rosak teruk.

Soalan Spontan Untuk Penduduk


Kami juga turut bertanyakan beberapa soalan spontan kepada responden kami di Kampung Tembioh. Menurut responden kami, adik Nur Shahira seorang pelajar tahun 6 di salah sebuah sekolah di Kota Tinggi menyatakan mereka sering berpindah dari satu tempat pemindahan ke satu tempat lagi. Ini berikutan tempat pemindahan yang lama dikatakan tidak mampu menampung jumlah mangsa yang terlalu ramai. Menurut adik Nur Shahira lagi, pelajar sekolah juga dibenarkan balik awal oleh pihak pentadbiran sekolah. Mereka juga diberi kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah ketika menghadiri sekolah. Seterusnya menurut responden kami yang seterusnya iaitu Puan Tasya, seorang isteri kepada dua orang anak, pusat pemindahan yang menempatkan mangsa banjir adalah sempit. Berikutan masalah itu, mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan lain yang lebih besar bagi menjamin keselesaan mangsa. Menurut beliau lagi, bantuan yang dihulurkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Laksamana juga lambat sampai iaitu kira-kira 3 hari. Seterusnya, menurut responden kami En. Abd Rahman pula, pihak JKM tidak cekap dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Ini berikutan pengagihan bantuan kewangan yang tidak sama rata kepada mangsa banjir. Ada segelintir mangsa yng langsung tidak menerima sebarang bantuan kewangan akibat nama mereka yang tidak tersenarai sebagai yang layak menerima bantuan tersebut. Keluarga En. Abd Rahman telah mengambil langkah awal bagi menghadapi banjir besar pada masa hadapan dengan membeli sebuah bot yang berharga RM5000 bagi kegunaan keluarga mereka dan orang ramai. En. Abd Rahman juga telah menunjukkan kepada kami beberapa foto ketika banjir besar yang berlaku tersebut. Tidak ketinggalan beliau juga mempamerkan kepada kami beberapa foto lama iaitu foto banjir di Kota Tinggi pada tahun 1948, bangunan pejabat polis trafik, masjid dan stesen minyak Shell. Menurut responden kami yang seterusnya iaitu Puan Jamaliah Bt Ali, masalah kecurian turut berlaku dalam situasi banjir seperti itu. Buktinya rumah jiran berdekatan dengan rumah Puan Jamaliah telah dimasukki pencuri dan melarikan sebuah ketuhar elektrik dan sebuah komputer. Beliau turut menunjukkan kepada kami bahagian dapur rumah beliau yang musnah akibat banjir tersebut. Akibatnya, dapur tersebut tidak dapat digunakan lagi dan beliau terpaksa memindahkan bahagian dapur ke bahagian bilik rumah beliau. Seterusnya menurut responden kami yang berikutnya iaitu Puan Maznah Bt Ibrahim, pelbagai pihak telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Antaranya, TV3 yang telah memberi bantuan antaranya bantuan kewangan sejumlah RM500 dan juga periuk masakan. Menurut beliau lagi, bantuan yang dihulurkan tidak sama rata dan mengikut kawasan ADUN. Beliau juga mempersoalkan tentang bantuan mengangkut mangsa ke pusat pemindahan yang diberikan kerana keluarga beliau terpaksa mengharungi air yang deras tanpa ada bantuan bot daripada sesiapa. Tambahan lagi beliau terpaksa mengangkat seorang anak lelaki beliau yang kebetulan ketika itu baru lepas berkhatan. Beliau turut menceritakan kepada kami tentang mitos yang menjadi kepercayaan penduduk Kampung Tembioh berkenaan Makam Cik Siti yang lebih dikenali sebagai Cik Siti Jalang oleh penduduk kampung kerana beliau pernah berkahwin sebanyak 100 kali. Namun semua suaminya meninggal dunia kecuali suaminya yang ke-100. Menurut beliau lagi, di Makam Cik Siti terdapat meriam. Meriam tersebut dipercayai akan berbunyi petanda banjir besar akan berlaku. Namun, itu hanyalah mitos semata-mata yang mewarnai keunikan bumi Kota Tinggi ini.

Wednesday, September 12, 2007

Laporan 2: Temubual Bersama Pihak Governans

Dalam sesi temubual kami dengan pihak governans sebagai maklumat tambahan, beberapa soalan telah kami ajukan. Soalan-soalan ini adalah berkisar tentang bentuk bantuan yang dihulurkan oleh pihak mereka (governans), kesulitan yang mereka alami, langkah yang di ambil bagi meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas serta langkah awal yang diambil bagi menangani masalah banjir pada masa akan datang.
Isu bantuan adalah satu isu yang penting ketika banjir besar di Kota Tinggi. Ini kerana pelbagai pihak telah bergabung tenaga dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Beberapa agensi baik kerajaan mahupun swasta telah sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Dalam temubual kami dengan pihak bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, antara bantuan yang telah mereka hulurkan adalah menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistik barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital. Begitu juga dengan pihak polis dari Balai Polis Kota Kechil yang turut memberi bantuan yang sama kepada mangsa banjir.
Seterusnya menurut responden kami yang mewakili Majlis Daerah Kota Tinggi, pihak mereka telah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, pihak mereka turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Seperkara yang menarik perhatian kami berkenaan bentuk bantuan yang dihulurkan oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi ini adalah pengecualian cukai pintu untuk satu penggal kepada rumah-rumah yang terlibat dengan banjir. Bagi pihak Hospital Kota Tinggi pula, bantuan yg mereka hulurkan berupa bantuan logistik iaitu tilam,selimut, makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, wakil daripada pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi telah menerangkan kepada kami bentuk bantuan yang telah mereka hulurkan. Pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi telah membantu dalam pengagihan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir. Antaranya bantuan paras banjir iaitu bantuan diberikan mengikut paras banjir. Selain itu bantuan warisan untuk peniaga, peralatan, makanan dan wang ehsan turut diagihkan oleh pihak pejabat daerah kepada mangsa banjir. Kebanyakkannya bantuan yang diterima datangnya dari pihak kerajaan. Selain itu, mereka turut bertanggungjawab dalam pengagihan bantuan dari pihak luar.
Namun dalam menghulurkan bantuan ini, pihak governans berdepan dengan pelbagai masalah yang menyukarkan lagi proses pembahagian bantuan kepada mangsa banjir. Menurut responden kami di Majlis Daerah Kota Tinggi, pihak mereka berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir juga tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air. Berbeza dengan kesulitan yang dialami oleh pihak pejabat daerah dimana terdapat penipuan oleh mangsa semasa pemberian bantu Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke pusat pemindahan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.
Kesulitan turut dialami oleh pihak bomba. Antaranya pihak bomba tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Selain itu, mereka juga tidak mendapat kerjasama daripada agensi-agensi lain yang menghulurkan bantuan. Kesulitan yang sama turut dialami oleh pihak polis dimana kurangnya kerjasama daripada orang awam telah menyukarkan mereka untuk memberi bantuan. Ini berikutan terdapat segelintir mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih menyayangi rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Sementara itu, pihak Hospital Kota Tinggi juga berdepan dengan masalah terputus hubungan dengan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir besar berlaku yang menyukarkan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Selain itu, pentadbiran juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan.
Isu ketidakcekapan dalam menjalankan tugas oleh pihak governans masih lagi dipersoal walaupun telah sekian lama peristiwa hitam banjir besar itu berlaku di bumi malang Kota Tinggi. Ibarat kata pepatah ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’. Berminat kami untuk menyoal sendiri kepada wakil-wakil pihak governans ini berkenaan langkah awal yang diambil bagi meningkatkan kecekapan pihak mereka dalam menjalankan tugas.
Wakil dari pihak Majlis Daerah Kota Tinggi menyatakan perlu ada penyelarasan tugas di peringkat daerah. Di samping itu, agihan bantuan dan pendaftaran banjir perlu diselaraskan dan diuruskan oleh satu badan sahaja. Cadangan ini turut dipersetujui oleh responden kami dari Pejabat Daerah Kota Tinggi dimana respon yang sama juga diberikan. Seterusnya menurut wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, langkah- langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kecekapan adalah meningkatkan kemahiran serta menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan supaya misi dalam kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu mengikuti MKN 20 iaitu satu dasar tentang operasi kecemasan, pihak-pihak lain juga harus memberi arahan dengan tepat supaya tiada pertindihan arahan berlaku.
Sebagai melengkapkan maklumat kami tentang banjir di Kota Tinggi ini, suka kami untuk bertanya kepada responden-responden kami berkenaan langkah awal yang diambil oleh pihak mereka bagi menangani masalah banjir pada masa akan datang. Menurut responden kami dari Majlis Daerah Kota Tinggi, langkah yang mereka ambil adalah menyediakan bot penyelamat dan menaiktaraf infrastruktur seperti parit dan longkang di kawasan banjir. Selain itu, pengenalpastian terhadap lokasi yang sering dilanda banjir bagi mengkaji kualiti infrastruktur di kawasan tersebut. Bagi pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi pula, langkah awal yang diambil adalah menyediakan kapal korek pasir untuk mendalamkan sungai dan sebagainya. Selain itu, kami diberitahu bahawa Projek Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) iaitu projek meluruskan sungai turut dijalankan.
Sementara itu, pihak bomba pula mangambil langkah awal dengan sentiasa bersiap bersedia dalam aspek logistik agar mereka mudah ditempatkan di kawasan yang mengalami bencana. Respon yang hampir sama turut diberikan oleh pihak polis dimana mereka sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjalankan tugas walau apa jua keadaan sekalipun agar dapat bertindak pantas dalam situasi-situasi genting seperti banjir besar. Ini adalah bersesuaian dengan slogan yang menjadi pegangan anggota-anggota polis seluruh Malaysia iaitu ‘Mesra, Cepat, Betul’. Wakil dari Hospital Kota Tinggi pula menyatakan langkah awal yang diambil oleh mereka adalah bersiap sedia dari aspek logistik dan perubatan sekiranya hujan berlarutan selama 2 hari. Selain itu, pihak hospital juga bertindak dengan menembah petugas-petugas hospital serta menambah kelengkapan untuk operasi kecemasan
.

Sunday, September 9, 2007

Laporan 1: Temubual Bersama Penduduk

Selain daripada menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik, kami juga turut bertanyakan beberapa soalan tambahan kepada penduduk Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Antara maklumat tambahan yang telah kami perolehi daripada sesi temubual tersebut adalah berkaitan ketidakpuasan penduduk kampung tentang pembahagian wang ehsan dimana wujud masalah dalam pembahagian wang bantuan ini oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Masalah tersebut sebenarnya berpunca daripada senarai nama mangsa yang tidak dikemaskini yang mengakibatkan ada sebilangan mangsa banjir tidak memperoleh wang bantuan tersebut akibat namanya tidak tersenarai sebagai penama manakala sebilangan lagi mendapat wang bantuan bagi dua atau tiga penama. Penduduk kampung menyampaikan hasrat kepada kami agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih cekap lagi dalam menguruskan bantuan sebegini dan juga menggunakan kemajuan teknologi yang dikecapi kini dalam menjalankan tugas mereka.Bagi isu bantuan, menurut penduduk responden kami, bantuan yang diberi adalah mencukupi hinggakan ada juga responden kami yang menyatakan bantuan yang diberi sampai berlebihan dan masih ada hingga ke hari ini. Sebagai contoh menurut responden kami bekalan beras yang diterima masih bertahan hingga ke hari ini. Tetapi yang menarik perhatian kami dalam sesi temubual dengan penduduk kampung adalah luahan mereka tentang wujudnya bias dalam pembahagian bantuan bertunjangkan fahaman politik. Walaupun masalah ini tidaklah terlalu serius namun perlu diawasi untuk mengelakkan daripada menggugat keharmonian bermasyarakat. Pada pandangan saya, masalah ini seharusnya tidak wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini lantaran benih perpaduan yang telah sedia tersemai sejak dulu lagi.
Selain itu, isu jenayah juga turut menjadi dilema buat mangsa banjir. Ini kerana masalah kecuriaan harta benda awam turut berlaku walaupun dalam keadaan banjir sebegitu. Ini terbukti apabila ada responden kami yang menceritakan perihal rumah jiran mereka yang dimasuki pencuri akibat rumah tersebut tiada berpenghuni lagi lantaran mereka telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan dan kurangnya kawalan keselamatan daripada pihak yang berkaitan terhadap harta benda mangsa. Tetapi berbeza dengan data hasil kajian yang kami perolehi dimana 80% responden kami bersetuju bahawa pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan harta benda mangsa banjir terjamin. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa kejadian jenayah sebegitu memeng berlaku tetapi tidaklah terlalu serius dan masih lagi di bawah kawalan pihak-pihak yang berkaitan.

Friday, September 7, 2007

Analisis 2: Borang Soal Selidik (Governans)

Bagi soal selidik yang melibatkan pihak governans, sebanyak 12 penyataan dan 6 soalan disedikan untuk para responden. Bagi 12 penyataan ini iaitu penyataan ‘a’ hingga ‘l’, para responden diminta mengkelaskan respon mereka terhadap penyataan yang diberi berdasarkan skala 1 hingga 5 dimana skala 1 untuk ‘sangat tidak setuju’, 2 untuk ‘tidak setuju’, 3 untuk ‘tidak pasti’, 4 untuk ‘setuju’ manakala 5 untuk ‘sangat setuju’. Seterusnya untuk soalan ‘n’, ‘o’, ‘p’, ‘r’, ‘s’ dan ‘t’, para responden diminta untuk memilih samaada memberikan respon ‘ya’ ataupun ‘tidak’ untuk soalan yang diberi. Manakala untuk soalan ‘m’, ‘q’, ‘u’ dan ‘v’ para responden diminta memberikan respon terbuka akan dibincangkan dalam Laporan 2 : Temuramah Bersama Governans.
Bagi analisis penyataan ‘a’ hingga ‘l’, hanya data yang menunjukan peratusan tertinggi akan diketengahkan. Berdasarkan data yang diperolehi, untuk penyataan ‘a’ yang bertanyakan samaada mangsa banjir telah memberika kerjasama semasa urusan pembahagian bantuan oleh pihak governans. sebanyak 40% menyatakan setuju bagi penyataan ‘a’ dimana mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama dalam pemberian bantuan oleh pihak governans.

Bagi penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘b’ yang bertanyakan samaada terdapat pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh pihak governans. Daripada data yang diperolehi, 70% daripada mereka menyatakan sangat setuju bahawa mereka menerima pelbagai bantuan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.


Seterusnya, untuk penyataan ‘c’, sebanyak 45% daripada responden menyatakan sangat setuju dengan bantuan yang diberikan oleh pihak luar yang amat mencukupi serta tiada masalah dalam pengurusan.

Untuk penyataan ‘d’ yang bertanyakan samaada perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah mendatangkan ketika urusan pembahagian bantuan. Daripada data yang perolehi, sebanyak 45% daripada responden menyatakan tidak pasti untuk penyataan ini.


Penyataan berikutnya pula iaitu penyataan ‘e’ bertanyakan samaada mangsa banjir dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiada masalah sepanjang proses pemindahan itu. Hasil kajian mendapati majoriti daripada responden menyatakan tidak pasti untuk penyataan ini.

Bagi penyataan ‘f’, sebanyak 35% daripada responden telah menyatakan sangat setuju bahawa mangsa-mangsa banjir telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diuruskan dengan baik oleh pihak governans.
Seterusnya bagi penyataan ‘g’ yang bertanyakan samaada pembangunan yang dilakukan oleh pihak pentadbir telah menyebabkan berlakunya musibah banjir. Hasil kajian mendapati majoriti daripada para responden iaitu sebanyak 35% menyatakan tidak setuju bagi penyataan ini.



Bagi penyataan berikutnya iaitu ‘h’, Sebanyak 50% responden telah menyatakan sangat setuju bagi penyataan ini dimana penambahbaikan sedang rancak dilakukan oleh pihak pentadbir.

Seterusnya untuk penyataan ‘i’ yang bertanyakan samaada wujudnya kerjasama antara pihak atasan dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Daripada data yang diperolehi, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 40% menyatakan setuju dengan penyataan ini.
Penyataan ‘j’ pula sebanyak 45% daripada responden menyatakan setuju dan juga sangat setuju untuk penyataan ini dimana pihak pentadbir telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Bagi penyataan ‘k’ yang bertanyakan samaada pihak pentadbir telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir. Hasil kajian mendapati sebanyak 60% daripada responden menyatakan sangat setuju untuk penyataan ini.
Daripada data yang diperolehi bagi penyataan yang berikutnya iaitu penyataan ‘l’, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 45% menyatakan sangat tidak setuju dimana pihak pentadbir tidak memberikan memberikan bantuan kepada kawasan lingkungan mereka sahaja.


Seterusnya untuk soalan yang memerlukan para responden memberi respon samaada ‘ya’ ataupun ‘tidak’, sebanyak 6 soalan disediakan iaitu soalan ‘n’, ‘o’, ‘p’, ‘r’, ‘s’ dan ‘t’. Bagi soalan ‘n’ yang bertanyakan tentang tanggungjawab menguruskan mangsa banjir merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pihak pentadbir. Data yang diperolehi menunjukkan 75% daripada responden memberi respon ‘ya’ untuk soalan ini manakala selebihnya menjawab 'tidak'.


Peratusan yang sama juga dicatatkan untuk respon ‘ya’ bagi soalan ‘o’ dimana pihak pentadbir telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat mereka manakala selebihnya 'tidak'.


Seterusnya bagi penyataan ‘p’, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 65% memberi respon ‘ya’ dimana wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi.


Bagi soalan ‘r’ yang bertanyakan samaada wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini. Hasil kajian mendapati sebanyak 65% daripada responden memberi respon ‘ya’ bagi soalan ini.

Peratusan yang sama juga dicatatkan untuk respon ‘ya’ bagi soalan ‘s’ dimana peristiwa banjir tersebut telah mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak pentadbir dan juga pihak lain manakala selebihnya menyatakan 'tidak'.


Akhir sekali bagi soalan ‘t’ sebanyak 90% memberi respon ‘ya’, dimana kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak pentadbir manakala 10% lagi menyatakan 'tidak'.


Seterusnya, bagi soalan ‘m’, ‘q’, ‘u’ dan ‘v’ para responden diminta memberikan respon terbuka akan dibincangkan dalam Laporan 2 : Temuramah Bersama Pihak Governans.

Wednesday, September 5, 2007

Analisis 1: Borang Soal Selidik (Penduduk)

Bagi borang soal selidik untuk mengkaji pandangan penduduk Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan terhadap peranan pihak governans dalam menangani masalah banjir, sebanyak 10 penyataan dan 6 soalan telah disediakan. Bagi 10 penyataan ini iaitu penyataan ‘a’ hingga ‘j’, para responden diminta mengkelaskan respon mereka terhadap penyataan yang diberi berdasarkan skala 1 hingga 5 dimana skala 1 untuk ‘sangat tidak setuju’, 2 untuk ‘tidak setuju’, 3 untuk ‘tidak pasti’, 4 untuk ‘setuju’ manakala 5 untuk ‘sangat setuju’. Seterusnya bagi soalan ‘k’, para responden diminta untuk memilih samaada memberikan respon ‘ya’ ataupun ‘tidak’ untuk soalan yang diberi. Manakala untuk soalan ‘l’ hingga ‘p’, para responden diminta memberikan respon terbuka.
Berdasarkan daripada data yang diperolehi, bagi penyataan ‘a’, 80% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan harta benda mangsa banjir terjamin. Selebihnya 10% sekadar setuju manakala 10% lagi tidak pasti akan pernyataan ini.
Bagi penyataan ‘b’, para responden diminta memberi respon mereka sama ada pihak governans telah menjalankan tugas mereka dengan baik, efisyen dan sistematik. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 60% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans telah menjalankan tugas mereka dalam operasi banjir dengan bagus sekali. Selebihnya 20% lagi sekadar bersetuju manakala 20% lagi
tidak bersetuju dengan penyataan ini.


Penyataan ‘c’ bertanyakan tentang kerjasama semua pihak dalam mengtasi masalah banjir. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 70% daripada responden sangat bersetuju wujudnya kerjasama antara pihak governans manakala 30% lagi sekadar bersetuju sahaja.


Seterusnya, penyataan ‘d’ bertanyakan sama ada wujud kesamarataan dalam pembahagian bantuan terhadap mangsa banjir oleh pihak governans. Daripada data yang dipeolehi, sebanyak 60% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan yang diberi dimana bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata. Selebihnya, 25% sekadar bersetuju manakala 15% lagi tidak bersetuju.



Seterusnya, bagi penyataan ‘e’yang menanyakan sama ada terdapat pihak governans yang hanya memberikan tumpuan kepada sesebuah kawasan sahaja. Setelah selesai menjalankan kajian, didapati kebanyakkan responden iaitu sebanyak 80% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans tidak memberikan bantuan terhadap sesebuah kawasan sahaja manakala selebihnya pula sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Bagi penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘f’, penyataan ini bertanyakan tentang struktur rumah atau bangunan yang mengalami kerosakan akibat banjir tersebut. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 80% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana banyak struktur rumah mereka mengalami kerosakan akibat banjir ini manakala selebihnya hanya bersetuju sahaja. Penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘g’ pula bertanyakan tentang kewujudan diskriminasi politik oleh pihak governans dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 60% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.



Bagi penyataan ‘h’ pula, reponden diminta memberikan pandangan mereka sama ada pihak governans telah melakukan penyelenggaraan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden sangat bersetuju dimana pihak governans telah melakukan pembaikpulihan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir manakala 30% daripada mereka sekadar bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya, penyataan ‘i’ pula bertanyakan sama ada prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah sukar dan daripada data yang diperolehi terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain. Sebanyak 50% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.


Penyataan yang terakhir iaitu penyataan ‘j’ pula bertanyakan sama ada para responden bersetuju jika disimpulkan bahawa pembangunan yang dilakukan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku. Hasil kajian mendapati, sebanyak 25% daripada responden memberi respon sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini manakala 10% lagi sekadar tidak bersetuju. Oleh itu, mereka berpendapat pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bukanlah penyebab kepada masalah banjir ini berlaku. Sebaliknya, ada juga responden yang mengakui penyataan ini adalah benar dimana sebanyak 35% daripada mereka memberi respon sangat bersetuju manakala 30% lagi sekadar bersetuju.

Untuk soalan berikutnya iaitu ‘k’, responden diminta untuk memberi pandangan samaada ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi soalan yang bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk membina rumah di kawasan lain akibat Kota Tinggi yang sering mengalami banjir. Daripada data yang diperolehi, kebanyakkan daripada mereka iaitu sebanyak 80% memberi respon ‘ya’ dimana mereka bersetuju sekiranya diminta membina rumah di kawasan lain lantaran Kota Tinggi sering mengalami banjir. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan soalan ini. Soalan ‘l’ bertanyakan berkenaan pihak governans yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sama ada pihak kerajaan ataupun pihak swasta. Bagi soalan ini, para responden memberikan jawapan yang pelbagai. Antara yang paling kerap menjadi sebutan adalah pihak polis, bomba, hospital, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Dewan Undangan Negeri, TV3, UMNO dan MCA.
Soalan yang berikutnya pula menanyakan tentang bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir oleh pihak governans. Hasil kajian mendapati mangsa banjir mendapat pelbagai jenis bantuan yang melimpah ruah. Antara bentuk bantuan yang mereka perolehi adalah wang ehsan, bantuan makanan seperti beras, Milo, mee segera, susu dan gula, bantuan logistik seperti tilam, selimut dan pakaian serta bantuan perubatan.
Bagi soalan ‘n’ pula, para responden diminta memberi pandangan mereka berkenaan pembaikpulihan yang sedang dilakukan oleh pihak governans bagi menangani banjir daripada berlaku lagi. Mereka bersetuju bahawa pihak governans telah memulakan kerja-kerja selenggara sistem perparitan, saliran dan juga sungai agar pulih seperti sedia kala. Perkara ini tambah meyakinkan kami apabila kami sendiri berpeluang melihat kerja-kerja melebarkan sungai yang dijalankan di Kampung Tembioh.
Soalan ‘o’ bertanyakan pendapat para responden tentang kawasan di negeri Johor yang tidak berlakunya bencana alam. Para responden memberikan jawapan yang pelbagai. Antara kawasan yang kerap menjadi sebutan adalah Johor Bahru dan Kota Kechil.
Seterusnya, bagi soalan terakhir iaitu soalan ‘p’, para responden diminta memberikan pendapat mereka berkenaan kawasan pilihan mereka jika diberi peluang untuk berpindah di sekitar Johor. Sekali lagi jawapan yang sama seperti jawapan yang sebelumnya diberikan oleh para responden melihat kepada kawasan yang kurang berlaku bencana adalah kawasan yang sesuai untuk mereka diami.



3 September 2007

Kami berkumpul di tempat yang ditetapkan kira-kira pukul 9.00am bagi memulakan kerjalapangan kami yang masuk hari yang terakhir. Mengikut perancangan, kami akan ke Pejabat Daerah Kota Tinggi untuk menghadiri sesi dialog bersama Tok Wan, selaku Penghulu Mukim Kota Tinggi dan Tok Din, selaku Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi. Ahli kumpulan kami telah menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada ahli-ahli forum tersebut berkaitan dengan isu kami. Sementara itu, saya bersama Kak Aisyah yang juga merupakan ahli kumpulan saya telah pergi ke pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi mencari maklumat lanjut dari kaca mata pihak Majlis Daerah Kota Tinggi sendiri berkenaan operasi banjir yang dikendalikan oleh mereka. Kami telah dibantu oleh dua orang kakitangan pejabat tersebut yang turut terlibat dalam operasi banjir berkenaan.
Kami pulang ke hotel kira-kira pukul 11.45am untuk check-out hotel. Setelah selesai urusan check-out, kami diberitahu bahawa kumpulan yang tidak siap lagi kerja lapangan mereka dan perlu ke Pejabat Daerah atau tempat-tampat lain bagi menyiapkan penyelidikan mereka boleh meneruskan kerja mereka dan pulang kira-kira 4.00pm. Manakala kepada kumpulan yang telah menyiapkan kerja mereka bolehlah berangkat pulang bersama-sama dengan pelajar-pelajar 'Demografi dan Pembangunan' yang telah menyiapkian kerja mereka. Tindakan ini diambil atas arahan Prof. Hamzah berikutan para pelajar yang telah menyiapkan tugasan mereka tidak mempunyai tempat untuk untuk berehat setelah pihak hotel mewajibkan urusan check-out perlu dilakukan sebelum pukul 12.00pm. Oleh itu, kumpulan kami yang telah pun menyiapkan tugasan kami berangkat pulang ke UKM kira-kira jam 1.00pm. Kami selamat tiba di UKM kira-kira jam 7.00pm.

2 September 2007

Seawal jam 9.00am kami telah memulakan kerja lapangan kami. Kami berkumpul pada jam 9.00am di tempat menunggu yang telah di tetapkan. Kami diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan kerja lapangan kami. Kami di bahagikan kepada taga kumpulan yang akan menuju ke tiga tempat berbeza iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang. Saya dan rakan-rakan kumpulan saya telah bertindak membahagikan ahli kumpulan kami kepada dua tempat iaitu Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh. Saya dan Kak Aisyah akan menjalankan soal selidik di Kampung Tembioh manakala Zaidi dan Radhia akan menjalankan soal selidik di Kampung Kelantan. Langkah ini diambil kerana kami perlu mengejar waktu bagi mengimbangi jumlah responden penduduk kampung dan responden governan.
Sasaran kami sebelum memulakan kerja lapangan adalah untuk menghabiskan kesemua borang soal selidik bagi responden penduduk kampung pada hari tersebut juga. Alhamdulillah..Berkat kesabaran kami dan kerjasama daripada penduduk kampung sasaran kami tercapai. Kami berjaya menjalankan soal selidik terhadap kedua-dua buah kampung sekitar jam 2.00pm. Disamping menyiapkan kesemua borang soal selidik, kami juga telah mengajukan beberapa soalan bagi menambahkan maklumat kami. Pelbagai luahan dan reaksi penduduk kampung telah kami terima. Saya dan pasangan saya,Kak Aisyah pulang ke hotel kami kira-kira pukul 3.30pm. Kami berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat sebelum memulakan soal selidik untuk pihak governan pula pada pukul 5.00pm.
Kami memulakan soal selidik kami dengan pada petang itu di Hospital Kota Tinggi. Di sana, 2 orang pemamdu ambulance, seorang jururawat wanita dan seorang pengawal keselamatan yang terlibat dengan operasi bakjir di Kota Tinggi telah memberikan kerjasa dengan menjawab borang soal selidik kami dam juga menjawab bebwerapav soalan yang kami ajukan. Perjalanan kami diteruskan pulang ke Balai Bomba Kota Tinggi. di sana, 4 orang ahli bomba pelbagai peringkat jawatan telah memberikan kerjasama. Terima kasih kami ucapkan atas kerjasama anda semua. Kami pulang ke hotel kami kara-kira pukul 7.30pm. Kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas pada waktu malam.

1 September 2007

Kami bertolak dari UKM sekitar jam 9.00am. Kami menaiki 3 buah bas. Kami tiba di Kota Tinggi kira-kira jam 4.30pm. Kami check-in hotel setelah tiba di Kota Tinggi. Pe;ajar perempuan menginap di Hotel Pilton manakala pelajar lelaki menginap di Hotel Grand Waterlilies. Sepatutnya kami memulakan kerja lapangan kami selepas check-in selesai. Tetapi oleh kerana atas kesulitan yang tak dapat dielak, kami terpaksa menunda kerja kursus kami tersebut ke esok hari. Walau bagaimanapun, kumpulan kami telah mengambil langkah awal dengan memulakan soal selidik kira-kira pukul 6.00pm dengan menaiki teksi untuk ke Balai Polis Kota Kecil. Di sana, kami telah dibantu oleh dua orang anggota polis yang terlibat dengan operasi banjir dengan menjawab borang soal selidik kami dan juga beberapa soalan spontan yang kami ajukan. Sebelum pulang, kami juga sempat menemuramah seorang juruteknik di JPS yang turut sama terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari. Beliau juga seperti responden-responden kami yang lain telah diminta menjawab borang soal selidik kami dan juga beberapa soalan yang kami ajukan. Kami pulang ke hotel kira-kira pukul 7.00pm. Pada waktu malam, pelajar boleh melakukan aktiviti bebas.

Borang Soal Selidik

SOALAN SOAL SELIDIK (GOVERNANS)

A. MAKLUMAT PERIBADI
a. Jabatan/Persatuan/Jawatankuasa :
b. Jawatan :

B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju

a. Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa
urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.
1 2 3 4 5
b. Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar
kepada mangsa banjir.
1 2 3 4 5
c. Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak
pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk
menguruskannya.
1 2 3 4 5
d. Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah
mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?
1 2 3 4 5
e. Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang
singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan tersebut.
1 2 3 4 5
f. Semasa berada di pusat pemindahan banjir,mangsa-mangsa telah
menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir
dan kebajikan mereka juga diurus dengan baik sekali.
1 2 3 4 5
g. Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan
antara penyebab berlakunya banjir.
1 2 3 4 5
h.Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan
oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.
1 2 3 4 5
i. Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga
pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada
mangsa banjir.
1 2 3 4 5
j. Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan
lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir
1 2 3 4 5
k.Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.
1 2 3 4 5
l.Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja.
1 2 3 4 5

m. Sila nyatakan antara bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak anda.

n. Tanggungjawab menguruskan mangsa banjir di Kota Tinggi juga merupakan sebahagian daripada tugas anda.
Ya / Tidak

o. Pihak anda telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat anda.
Ya / Tidak


p. Wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi ini.
Ya / Tidak

q. Jika anda menjawab Ya untuk soalan di atas, sila nyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak anda. Jika anda menjawab Tidak, sila tinggalkan soalan ini dan teruskan ke soalan berikutnya.




r. Wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini.
Ya / Tidak

s. Peristiwa banjir ini mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak anda dan juga pihak lain.
Ya / Tidak

t. Kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak anda.
Ya / Tidak

u. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan dalam menjalankan tugas sekiranya akan /telah berlaku masalah ini di pihak anda.



v. Sila nyatakan langkah awal yang diambil oleh pihak anda bagi menangani masalah banjir pada masa akan datang.










SOALAN SOAL SELIDIK (PENDUDUK)

A. MAKLUMAT PERIBADI
a. Jantina :
b. Umur :
c. Taraf Pendidikan :
d. Taraf Perkahwinan :
e. Tempat Tinggal :
f. Tahun Bermastautim :
g. Pekerjaan :
h. Bilangan Anak
Yang Bersekolah :
Yang Tidak Bersekolah :
i. Ahli Persatuan/Ke :

B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

a.Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.
1 2 3 4 5
b.Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.
1 2 3 4 5
c.Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
1 2 3 4 5
d.Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.
1 2 3 4 5
e.Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.
1 2 3 4 5
f.Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan.
1 2 3 4 5
g.Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir.
1 2 3 4 5
h.Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.
1 2 3 4 5
i.Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.
1 2 3 4 5
j.Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.
1 2 3 4 5

k.Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju?
A. YA B.TIDAK

l. Siapakah pihak-pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir Kota Tinggi, sama ada pihak kerajaan atau swasta.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
m. Sila nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governans.




n. Sila nyatakan pembaikpulihan yang sedang dijalankan oleh pihak governans bagi menangani banjir.




o. Bagi pendapat anda di Negeri Johor dimanakah kawasan yang membangun dan tanpa berlakunya bencana alam? _____________________

p. Sekiranya anda diberi pilihan untuk berpindah, kawasan yang mana akan anda pilih di sekitar Johor? __________________________