Thursday, July 26, 2007

Borang Soal Selidik Baru

Hari ini saya telah menyediakan borang soal selidik baru setelah borang soal selidik yang sebelum ini telah mendapat komen daripada Prof. Hamzah. Pada tanggal 24 Ogos 2007 iaitu hari jumaat pada minggu lepas,beliau beliau meminta kami memperbaiki lagi proposal kami terutama pada borang soal selidik. Beliau meminta kami supaya tidak mengecilkan skop governans yang kami pilih sebagai isu kami kepada hanya berkisar tentang bantuan semata-mata.Beliau mencadangkan kami untuk menumpukan juga kepada isu tanggungjawab,kecekapan dan langkah yang diambil oleh pihak governans dalam menangani masalah banjir di Kota Tinggi. Pemahaman kami tentang maksud sebenar istilah 'governans' juga telah diperbaiki oleh beliau dengan menambah lagi beberapa contoh yang merujuk kepada istilah governans. Sebelum ini kami menyangkakan bahawa istilah governance itu hanya merujuk kepada pihak di Pejabat Daerah dan Majlis Daerah sahaja. Tetapi pihak polis, pihak bomba, sukarelawan perubatan, JKK kampung,ketua kampung dan beberapa pihak yang lain juga tergolong dalam istilah governance ini. Oleh itu, terima kasih kami dari kumpulan Madinah ucapkan kepada Prof. Hamzah atas penerangan tersebut. Borang soal selidik yang terbaru yang telah ditambah beberapa lagi soalan baru yang mencakupi istilah sebenar governans dan isu yamg cuba kami utarakan.




















Monday, July 23, 2007

Kenali Kota Tinggi




Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.
Kota Tinggi telah dipilih untuk menjadi tapak kerja lapangan untuk subjek Urbanisasi dan Pembangunan Bandar serta subjek Demografi dan Pembangunan bagi semester ini. Kerja lapangan tersebut dijadualkan berlangsung pada 1 September hingga 3 September 2007. Rational Kota Tinggi dipilih sebagai tapak bagi kerja lapangan ini adalah untuk mengkaji kisan banjir ke atas beberapa aspek perbandaran seperti pembangunan, pelancongan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Ini kerana bumi Kota Tinggi ini telah mengalami banjir dahsyat sebanyak dua kali dalam tempoh seratus tahun iaitu pada Disember 2006 dan Januari 2007. Oleh itu, amat bertepatan sekali daerah ini dipilih sebagai tapak bagi kerja lapangan ini.





Pengenalan


19 Disember 2006 adalah satu tarikh yang mencatatkan peristiwa malang bagi sebuah daerah di selatan semenanjung Malaysia iaitu Kota Tinggi.Kedukaan itu bukan sahaja dirasai oleh warga daerah itu malah turut dirasai beberapa tempat lain di sekitar negeri Johor.Tempiasnya turut dirasai seluruh penduduk tanah air yang masih menebal rasa prihatin terhadap insan yang ditimpa musibah.Banjir...Banjir...Banjir...Perkatan yang telah lali kita dengar.Dimana-mana negara pun musibah ini pernah berlaku.Baik bagi semoden-moden nagara seperti Amerika Syarikat hinggalah kepada semundur-mundur negara seperti Afghanistan pasti pernah melalui detik malang ini.Begitulah juga sebuah daerah di Johor ini yang mengalami musibah banjir. Berikutan itu, sekumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdiri daripad para pelajar kursus 'Urbanisasi dan Pembangunan Bandar' dan 'Demografi dan Pembangunan' akan mengadakan karja lapangan di sini kira-kara 3 hari iaitu pada 1 September hingga 3 Septamber 2007 bagi mengkaji kesan banjir besar yang berlaku di daerah Kota Tinggi pada Disember 2006 dan Januari 2007 terhadap beberapa aspek perbandaran. Contohnya pembangunan, ekonomi dan pendidikan.