Bagi analisis penyataan ‘a’ hingga ‘l’, hanya data yang menunjukan peratusan tertinggi akan diketengahkan. Berdasarkan data yang diperolehi, untuk penyataan ‘a’ yang bertanyakan samaada mangsa banjir telah memberika kerjasama semasa urusan pembahagian bantuan oleh pihak governans. sebanyak 40% menyatakan setuju bagi penyataan ‘a’ dimana mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama dalam pemberian bantuan oleh pihak governans.

Bagi penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘b’ yang bertanyakan samaada terdapat pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh pihak governans. Daripada data yang diperolehi, 70% daripada mereka menyatakan sangat setuju bahawa mereka menerima pelbagai bantuan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.

Seterusnya, untuk penyataan ‘c’, sebanyak 45% daripada responden menyatakan sangat setuju dengan bantuan yang diberikan oleh pihak luar yang amat mencukupi serta tiada masalah dalam pengurusan.

Penyataan berikutnya pula iaitu penyataan ‘e’ bertanyakan samaada mangsa banjir dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiada masalah sepanjang proses pemindahan itu. Hasil kajian mendapati majoriti daripada responden menyatakan tidak pasti untuk penyataan ini.



Seterusnya untuk soalan yang memerlukan para responden memberi respon samaada ‘ya’ ataupun ‘tidak’, sebanyak 6 soalan disediakan iaitu soalan ‘n’, ‘o’, ‘p’, ‘r’, ‘s’ dan ‘t’. Bagi soalan ‘n’ yang bertanyakan tentang tanggungjawab menguruskan mangsa banjir merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pihak pentadbir. Data yang diperolehi menunjukkan 75% daripada responden memberi respon ‘ya’ untuk soalan ini manakala selebihnya menjawab 'tidak'.
Peratusan yang sama juga dicatatkan untuk respon ‘ya’ bagi soalan ‘o’ dimana pihak pentadbir telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat mereka manakala selebihnya 'tidak'.
Seterusnya bagi penyataan ‘p’, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 65% memberi respon ‘ya’ dimana wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi. 
Bagi soalan ‘r’ yang bertanyakan samaada wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini. Hasil kajian mendapati sebanyak 65% daripada responden memberi respon ‘ya’ bagi soalan ini. 
Peratusan yang sama juga dicatatkan untuk respon ‘ya’ bagi soalan ‘s’ dimana peristiwa banjir tersebut telah mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak pentadbir dan juga pihak lain manakala selebihnya menyatakan 'tidak'.
Akhir sekali bagi soalan ‘t’ sebanyak 90% memberi respon ‘ya’, dimana kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak pentadbir manakala 10% lagi menyatakan 'tidak'.

Seterusnya, bagi soalan ‘m’, ‘q’, ‘u’ dan ‘v’ para responden diminta memberikan respon terbuka akan dibincangkan dalam Laporan 2 : Temuramah Bersama Pihak Governans.
Bagi penyataan ‘b’, para responden diminta memberi respon mereka sama ada pihak governans telah menjalankan tugas mereka dengan baik, efisyen dan sistematik. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 60% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans telah menjalankan tugas mereka dalam operasi banjir dengan bagus sekali. Selebihnya 20% lagi sekadar bersetuju manakala 20% lagi
Penyataan ‘c’ bertanyakan tentang kerjasama semua pihak dalam mengtasi masalah banjir. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 70% daripada responden sangat bersetuju wujudnya kerjasama antara pihak governans manakala 30% lagi sekadar bersetuju sahaja. 

Bagi penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘f’, penyataan ini bertanyakan tentang struktur rumah atau bangunan yang mengalami kerosakan akibat banjir tersebut. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 80% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana banyak struktur rumah mereka mengalami kerosakan akibat banjir ini manakala selebihnya hanya bersetuju sahaja.
Penyataan berikutnya iaitu penyataan ‘g’ pula bertanyakan tentang kewujudan diskriminasi politik oleh pihak governans dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir. Daripada data yang diperolehi, sebanyak 60% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Seterusnya, penyataan ‘i’ pula bertanyakan sama ada prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah sukar dan daripada data yang diperolehi terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain. Sebanyak 50% daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.
Untuk soalan berikutnya iaitu ‘k’, responden diminta untuk memberi pandangan samaada ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi soalan yang bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk membina rumah di kawasan lain akibat Kota Tinggi yang sering mengalami banjir. Daripada data yang diperolehi, kebanyakkan daripada mereka iaitu sebanyak 80% memberi respon ‘ya’ dimana mereka bersetuju sekiranya diminta membina rumah di kawasan lain lantaran Kota Tinggi sering mengalami banjir. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan soalan ini.
Soalan ‘l’ bertanyakan berkenaan pihak governans yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sama ada pihak kerajaan ataupun pihak swasta. Bagi soalan ini, para responden memberikan jawapan yang pelbagai. Antara yang paling kerap menjadi sebutan adalah pihak polis, bomba, hospital, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Dewan Undangan Negeri, TV3, UMNO dan MCA.
