Thursday, August 30, 2007

Istilah Governans

Menurut kamus dewan, governans bermaksud pihak yang memerintah,mentadbir atau berkuasa di sesuatu tempat.Sebagai contoh bagi kerja lapangan kami di Kota Tinggi ini, governans di sini adalah merujuk kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, pihak polis, pihak bomba, pihak hospital, badan-badan swasta, ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKKK) dan pihak-pihak lain yang berkuasa di kawasan ini. Di sini ingin juga saya berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan istilah governans ini yang saya petik dari satu sumber lain tentang asal -usul istilah ini dan juga maksud istilah ini juga. Oleh kerana sumber tersebut adalah berbahasa Inggeris, jadi saya akan menggunakan bahasa asal sumber ini bagi mengelakkan kekeliruan atau salah tanggapan. Menurut sumber ini berkenaan asal-usul istilah governans, "The word governance derives from latin origins that suggest the notion of "steering". One can contrast this sense of "steering" a group or society with the traditional "top-down" approach of governments "driving" society. Distinguish between governance's "power to " and governments' "power over"."Seperkara lagi yang ingin saya kongsi tentang maksud istilah ini menerusi sumber tersebut juga yang berbunyi "Governance makes decisions that define expectations, grant power, or verify performance. It consists either of a separate process or of a specific part of management or leadership processes."

Wednesday, August 29, 2007

Serba Sedikit Tentang Matlamat dan Metodologi Kajian

Kumpulan Madinah terdiri daripada 4 orang ahli iaitu saya sendiri, Norazzizi Bin Nordin, Mohd Zaidi Bin Mat Satar selaku ketua Kumpulan, Radhia Haafiza Binti Che Razali dan Nur Aisyah Binti Abd. Latif. Kumpulan kami telah sepakat untuk memilih tajuk ‘Peranan Governans Dalam Menangani Masalah Banjir Pada Disember 2006 Dan Januari 2007 Di Kota Tinggi, Johor darul Takzim’. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji peranan yang dimainkan oleh pihak governans dalam menjalankan operasi banjir di Kota Tinggi. Dalam kajian ini, bukan sahaja aspek bantuan kepada mangsa banjir sahaja yang ingin kami sentuh malah aspek-aspek lain termasuk kecekapan, tanggungjawab, dan interaksi baik antara pihak governans turut kami sentuh. Matlamat umum kajian ini dijalankan adalah untuk menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir serta pembangunan persekitaran oleh pihak governans. Seterusnya matlamat khusus kajian ini dijalankan adalah berteraskan lima objektif iaitu :-
i)Mengkaji perjalanan pihak governans selepas banjir.
ii)Cuba untuk menyelami dan menghayati perasaan mangsa banjir
iii)Melihat bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governans.
iv)Menentukan tahap persefahaman antara mangsa banjir dengan pihak governans.
v)Meninjau proses pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bagi melindungi penduduk dari bencana alam.
Kajian ini dijalankan ke atas penduduk Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang, serta pihak governans yang terlibat . Pengutipan data akan dibuat adalah berpandukan kepada persampelan rawak mudah, dengan menggunakan cara pengumpulan data yang berbentuk soal selidik, temuramah serta pemerhatian terpilih untuk mendapatkan maklumat dari 20 orang responden yang di persetujui bersama.