Wednesday, August 29, 2007

Serba Sedikit Tentang Matlamat dan Metodologi Kajian

Kumpulan Madinah terdiri daripada 4 orang ahli iaitu saya sendiri, Norazzizi Bin Nordin, Mohd Zaidi Bin Mat Satar selaku ketua Kumpulan, Radhia Haafiza Binti Che Razali dan Nur Aisyah Binti Abd. Latif. Kumpulan kami telah sepakat untuk memilih tajuk ‘Peranan Governans Dalam Menangani Masalah Banjir Pada Disember 2006 Dan Januari 2007 Di Kota Tinggi, Johor darul Takzim’. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji peranan yang dimainkan oleh pihak governans dalam menjalankan operasi banjir di Kota Tinggi. Dalam kajian ini, bukan sahaja aspek bantuan kepada mangsa banjir sahaja yang ingin kami sentuh malah aspek-aspek lain termasuk kecekapan, tanggungjawab, dan interaksi baik antara pihak governans turut kami sentuh. Matlamat umum kajian ini dijalankan adalah untuk menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir serta pembangunan persekitaran oleh pihak governans. Seterusnya matlamat khusus kajian ini dijalankan adalah berteraskan lima objektif iaitu :-
i)Mengkaji perjalanan pihak governans selepas banjir.
ii)Cuba untuk menyelami dan menghayati perasaan mangsa banjir
iii)Melihat bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governans.
iv)Menentukan tahap persefahaman antara mangsa banjir dengan pihak governans.
v)Meninjau proses pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bagi melindungi penduduk dari bencana alam.
Kajian ini dijalankan ke atas penduduk Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang, serta pihak governans yang terlibat . Pengutipan data akan dibuat adalah berpandukan kepada persampelan rawak mudah, dengan menggunakan cara pengumpulan data yang berbentuk soal selidik, temuramah serta pemerhatian terpilih untuk mendapatkan maklumat dari 20 orang responden yang di persetujui bersama.