Monday, July 23, 2007

Kenali Kota Tinggi




Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.
Kota Tinggi telah dipilih untuk menjadi tapak kerja lapangan untuk subjek Urbanisasi dan Pembangunan Bandar serta subjek Demografi dan Pembangunan bagi semester ini. Kerja lapangan tersebut dijadualkan berlangsung pada 1 September hingga 3 September 2007. Rational Kota Tinggi dipilih sebagai tapak bagi kerja lapangan ini adalah untuk mengkaji kisan banjir ke atas beberapa aspek perbandaran seperti pembangunan, pelancongan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Ini kerana bumi Kota Tinggi ini telah mengalami banjir dahsyat sebanyak dua kali dalam tempoh seratus tahun iaitu pada Disember 2006 dan Januari 2007. Oleh itu, amat bertepatan sekali daerah ini dipilih sebagai tapak bagi kerja lapangan ini.





1 comment:

-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545 said...

Apakah kaitannya anda menulis post ini hah..??tak paham seh..