Thursday, July 26, 2007

Borang Soal Selidik Baru

Hari ini saya telah menyediakan borang soal selidik baru setelah borang soal selidik yang sebelum ini telah mendapat komen daripada Prof. Hamzah. Pada tanggal 24 Ogos 2007 iaitu hari jumaat pada minggu lepas,beliau beliau meminta kami memperbaiki lagi proposal kami terutama pada borang soal selidik. Beliau meminta kami supaya tidak mengecilkan skop governans yang kami pilih sebagai isu kami kepada hanya berkisar tentang bantuan semata-mata.Beliau mencadangkan kami untuk menumpukan juga kepada isu tanggungjawab,kecekapan dan langkah yang diambil oleh pihak governans dalam menangani masalah banjir di Kota Tinggi. Pemahaman kami tentang maksud sebenar istilah 'governans' juga telah diperbaiki oleh beliau dengan menambah lagi beberapa contoh yang merujuk kepada istilah governans. Sebelum ini kami menyangkakan bahawa istilah governance itu hanya merujuk kepada pihak di Pejabat Daerah dan Majlis Daerah sahaja. Tetapi pihak polis, pihak bomba, sukarelawan perubatan, JKK kampung,ketua kampung dan beberapa pihak yang lain juga tergolong dalam istilah governance ini. Oleh itu, terima kasih kami dari kumpulan Madinah ucapkan kepada Prof. Hamzah atas penerangan tersebut. Borang soal selidik yang terbaru yang telah ditambah beberapa lagi soalan baru yang mencakupi istilah sebenar governans dan isu yamg cuba kami utarakan.




















No comments: