Wednesday, September 5, 2007

3 September 2007

Kami berkumpul di tempat yang ditetapkan kira-kira pukul 9.00am bagi memulakan kerjalapangan kami yang masuk hari yang terakhir. Mengikut perancangan, kami akan ke Pejabat Daerah Kota Tinggi untuk menghadiri sesi dialog bersama Tok Wan, selaku Penghulu Mukim Kota Tinggi dan Tok Din, selaku Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi. Ahli kumpulan kami telah menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada ahli-ahli forum tersebut berkaitan dengan isu kami. Sementara itu, saya bersama Kak Aisyah yang juga merupakan ahli kumpulan saya telah pergi ke pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi mencari maklumat lanjut dari kaca mata pihak Majlis Daerah Kota Tinggi sendiri berkenaan operasi banjir yang dikendalikan oleh mereka. Kami telah dibantu oleh dua orang kakitangan pejabat tersebut yang turut terlibat dalam operasi banjir berkenaan.
Kami pulang ke hotel kira-kira pukul 11.45am untuk check-out hotel. Setelah selesai urusan check-out, kami diberitahu bahawa kumpulan yang tidak siap lagi kerja lapangan mereka dan perlu ke Pejabat Daerah atau tempat-tampat lain bagi menyiapkan penyelidikan mereka boleh meneruskan kerja mereka dan pulang kira-kira 4.00pm. Manakala kepada kumpulan yang telah menyiapkan kerja mereka bolehlah berangkat pulang bersama-sama dengan pelajar-pelajar 'Demografi dan Pembangunan' yang telah menyiapkian kerja mereka. Tindakan ini diambil atas arahan Prof. Hamzah berikutan para pelajar yang telah menyiapkan tugasan mereka tidak mempunyai tempat untuk untuk berehat setelah pihak hotel mewajibkan urusan check-out perlu dilakukan sebelum pukul 12.00pm. Oleh itu, kumpulan kami yang telah pun menyiapkan tugasan kami berangkat pulang ke UKM kira-kira jam 1.00pm. Kami selamat tiba di UKM kira-kira jam 7.00pm.

No comments: